Hello Hello Semua.....!!!
Ada hari mesti kita nak makan sedap kan! Iqa dan adik pergi ke NakNak Burgers dekat IOI. Kalau dulu kita kena beratur panjang dikaunter sekarang kita hanya memesan makanan di mesin layan diri je semuanya di hujung jari. Dengan adanya mesin layan diri ini dapat la memudahkan pekerja dan pelanggan yang ingin memesan. Bagi Iqa ianya sangat praktikal dan dapat menjimatkan masa pekerja dan pelanggan. Bukan itu sahaja, bagi orang yang pemalu mesin ini dapat menyelamatkan kita dari berinteraksi dengan pekerja jika kita tersalah sebut nama makanan tidaklah merasa malu atau risau dikritik oleh pekerja kedai. Kita juga dapat memilih makanan di menu yang dipaparkan pada mesin layan diri dengan mudah dan tidak akan terjadi salah faham jika makanan yang dipilih bukan dari apa yang kita minta jika memesan di kaunter.
Proses pembayaran juga mudah kita hanya tinggal pilih kaedah pembayaran sama ada QR atau kad debit/credit. Proses pembayaran juga akan dilakukan di mesin itu juga, tetapi sebelum bayar kita perlu memasukkan nombor giliran supaya kita sebagai pelanggan tahu jika makanan kita sudah siap ataupun belum ia juga memudahkan pekerja untuk menyediakan makanan kepada pelanggan.

Comments
Post a Comment