Siapa sangka teknologi kini semakin canggih dan juga memudahkan segelintir masyarakat. Isnin lalu Iqa ada pergi makan dekat satu kedai ni Johnny's Steamboat. Satu hal yang membuat Iqa teruja dimana pelayan yang menghantar makanan yang Iqa pesan di hantar oleh robot dan bukannya manusia. Sebelum ini pekerja yang akan menghantar pesanan kepada pelanggan tetapi kalini robot pelayan pula yang menghantar. Dengan adanya robot pelayan ini dapat juga memudahkan pekerja bagi melayan pelanggan-pelanggan lain yang makan di kedai itu. Selain Johnny's Steamboat kedai makan Black Canyon juga menggunakan robot pelayan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan. Cara pengunaan juga mudah pekerja hanya perlu masukkan nombor meja kedalam sistem dan robot pelayan itu tadi akan menghantar pesanan kepada pelanggan setelah menerima pesanan pelanggan boleh menekan butang "DONE" pada screen dan robot akan berlalu pergi.
Dengan adanya robot pelayan ini pekerjaan di kedai makan akan menjadi semakin mudah kerana pekerja boleh fokus membuat pekerjaan yang lain dan dapat memberi servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. Teknologi kini sangat la canggih sehingga mampu membuat sesuatu pekerjaan yang sukar menjadi mudah. Disini Iqa juga selitkan video robot pelayan.

Comments
Post a Comment