EasyStore: Unified Commerce

Hello Hello Semua.....!



Semalam Iqa ada jumpa kawan Iqa dekat di tempat dia kerja Butik Ayraeryna. Walaupun perniagaan kecil tetapi mereka telah menggunakan sistem yang sangat sistematik. Dimana kedai mereka menyediakan tablet untuk staff membuat kerja mereka dan membuat pekerjaan pekerja menjadi lebih mudah. Mereka menggunakan aplikasi yang bernama EasyStore: Unified Commerce. Dengan adanya aplikasi ini pekerja dapat mengemaskini stock jualan  di dalam satu app dengan pelbagai fungsi. Butik Ayraeryna mempunyai 3 kedai di Kajang, Bangi dan Putrajaya dan semua butiknya menggunakan aplikasi yang sama supaya mereka dapat melihat stock terkini dengan mudah. Bukan sahaja untuk mengemaskini tetapi ianya juga digunakan untuk membuat pembayaran diamana dalam aplikasi tersebut juga mempunyai sistem pembayaran dan secara automatik jualan harian akan tercatat di dalam aplikasi tersebut.

Andai kata kedai dari Bangi tiada stock baju yang pelanggan ingin beli pekerja dari kedai bangi boleh melihat stock dari kedai-kedai lain dengan hanya melihat melalui aplikasi tersebut. Aplikasi ini sangat membantu kerana dapat menjimatkan masa pekerja dan pelanggan. Jika dulu perlu bertanya sekarang hanya perlu lihat dari satu aplikasi sahaja.



Comments