THE INFLUENCER

 


Hello Hello Semua.....!!!

The Influencer merupakan satu rancangan Korea Selatan yang hanya ditayangkan di Netflix dimana para peserta merupakan Influencer Ternama di Korea Selatan dari perbagai platform media sosial seperti Youtube, TikTok, dan Instagram yang masing ii mempunyai 120 juta pengikut. Rancangan ini tentang para peserta bersaing bagi membuktikan siapa yang paling berpengaruh. Setiap peserta akan memakai satu kolar di leher mereka dimana jumlah pengikut dan nilai duit yang terkumpul akan berubah mengikut pertambahan pengikut di media sosial masing-masing. Bagi meraih wang yang banyak mereka perlu bersaing dengan bermain game yang telah pihak rancangan sediakan iaitu seperti berikut:

  • Memberi like atau dislike pada sesama sendiri
  • Membuat Live Streaming bagi menarik perhatian penonton
  • Menghasilkan gambar yang menarik
Antara peserta yang terkenal adalah
  • Risabae (beauty Youtuber)
  • Pani Bottle (travel content creator)
  • Shim Euddeum(fitness YouTuber dan merupakan bekas peserta Physical: 100)
Bagi saya rancagan ini agak menarik kerana setiap peserta menunjukkan daya saing yang tinggi bagi mencapai hadiah utama iaitu wang. Tetapi dalam pada masa yang sama rancagan ini juga menunjukkan sisi gelap dunia hiburan dimana mereka sanggup buat apa sahaja demi meraih perhatian dunia.


Comments