Hello Hello Semua....!!!
Untuk topik 7 ini saya dapat belajar tentang strategi pemasaran dengan menggunakan internet dan peranti digital. Terdapat komponen utama iaitu SEO, Content marketing, dan PPC. Dengan adanya digital marketing sesbuah perniagaan dapat mencapat audiens yang lebih meluas malahan boleh ke peringkat global jika apa yang kita sampaikan kena dengan target audiens mengikut demografi dan minat. Digital marketing juga memudahkan pekerjaan dimana keputusan lebih mudah diukur berbanding dengan pemasaran tradisional. Terdapat banyak social media yang boleh diguna pakai seper Facebook, Instagram, Twitter/X, Linkedin, dan juga Tiktok. Aplikasi-aplikasi ini merupakan platform utama bagi setiap masyarakat tidak kira usia mahupun bangsa.
Digital marketing pada masa kini berkembang dengan pesat kerana ianya lebih mudah untuk di akses. Jadi jika kita ingin membuka perniagaan kita perlulah faham asas digital supaya kita tidak melakukan pelanggaran undang-undang media masa. Kita juga perlula menggunakan bahasa yang elok bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan untuk terus membeli barangan kita.
.jpeg)

Comments
Post a Comment